Sunday, May 4, 2008

WELCOME TO 2 AMANAH

Assalamualaikum…

Kami akan menceritakan bagaimana suasana di dalam kelas kami iaitu 2 Amanah.
Di dalam kelas kami, di diami seramai 34 orang pelajar. Penghuninya ialah 21 puteri dan 13 putera. Bonda kami ialah Puan Hajjah Norjeah Binti Mohd Zain. Orangnya baik, peramah dan sentiasa tersenyum.
Pemimpin kelas kami seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya, iaitu Muhamad Amirul Mukmin Bin Roslan. Manakala, penolong kelas kami seorang yang amanah dan jujur dalam membantu ketua kami dalam melaksanakan tugas.
Putera dan puteri kelas kami, semuanya periang dan suka bergurau senda sesama sendiri. Ketika masa berlajar, semua pelajar menumpukan perhatian terhadap guru yang mengajar.
Ketika waktu pulang, semua pelajar menjadi kelam-kabut kerana ingin cepat pulang. Walaupun, kelas kami kelas pertama tetapi ragam kami macam kanak-kanak.
Beginilah ragam-ragam putera puteri kelas kami yang kadang-kadang mencuit hati para guru.Setakat ini sajelah, yang dapat kami ceritakan buat tatapan sekalian.

Sekian, terima kasih.

No comments: