Monday, May 5, 2008

4 AMANAH

Di dalam kelas ini terdapat seramai 32 orang pelajar. 13 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan. Guru kelas ini ialah Puan Hjh. Che Abidah Binti Taib. Beliau mengajar kami subjek Biologi dan EST. Beliau seorang guru yang baik, tegas dan cute. Antara guru yang mengajar kami ialah, Pn Bibi Sabariah, Pn Zarina, Pn Norhayati, Pn Zaharah, Pn Faizah, En Nuri, En Awang, Pn Razila dan Pn Faridah. Kelas kami di ketuai oleh jejaka yang tidak kurang hensemnya iaitu Ahmad Nasuha. Manakala penolongnya pula ialah Nur Hanis Hanini dan assistantnya ialah, Nor Amalin Aishah. Selain itu, Mohd Muinuddin merupakan satu-satunya pengawas di dalam kelas kami. Lokasi kelas kami yang dahulunya berada di bilik SAL, kini telah dipindahkan ke kelas 3M. Tempatnya strategik kerana berhampiran dengan kantin. Setiap hari kelas kami dipenuhi dengan gelak tawa serta senda gurau. Pelajar-pelajar kelas kami sering menggunakan motto ‘HAPPY GO LUCKY!'

Perpisahan Cikgu Najeeeeee

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK NAJIE BIN AWANG SENIK

Assalamualaikum….. pejam celik pejam celik sudah hampir 23 tahun Encik Najie Bin Awang Senik berbakti sebagai seorang guru. Beliau telah mencurahkan baktinya sebagai seorang guru kepada 6 buah sekolah dan 6 orang pengetua. Baru-baru ini beliau telah menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri kerana telah cukup tempoh umtuk bersara. Patah tumbuh, hilang tidak berganti. Itulah ungkapan yang sesuai diumpamakan dengan persaraan Encik Najie ini. Bagi pelajar SMK Puteri, ia adalah satu kehilangan yang besar yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.
Encik Najie atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Najie, mengajar matapelajaran Geografi, dan adakalanya mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Senyumannya dikatakan mampu mencairkan pelajar- pelajar yang degil apabila gelagat pelajar yang degil ini ditegur. Cikgu Najie lebih dikenali dengan senyuman manisnya. Selain itu, Cikgu Najie juga aktif dalam aktiviti pelancongan. Banyak aktiviti pelancongan yang diadakan dan dianjurkan oleh beliau sendiri.
Hubungan cikgu Najie begitu mesra dan amat erat di dalam kalangan pelajar tidak kurang juga di dalam kalangan guru. Beliau seorang pendidik yang berjiwa kental dan tidak pernah berputus asa apabila gagal. Beliau sentiasa menasihati pelajar-pelajarnya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamain masa depan yang baik. Apabila ditimpa sesuatu masalah pelajar sering berjumpa dengannya untuk meluah segala kekusutan didalam diri seseorang pelajar itu.
Sesungguhnya kenangan bersama cikgu Najie tidak akan kami lupakan. Semoga cikgu Najie mendapat jodoh kerana beliau juga seorang yang bujang. Semoga cikgu Najie akan bergembira dan bahagia dialam persaraan….. Khas untuk cikgu Najie…..JASAMU DIKENANG!!!!

4A 2008

PELAJAR IT SMK PUTERI 2008
SMK Puteri hanya mempunyai 2 kelas IT sahaja.Iaitu satu dari tingkatan lima dan satu lagi dari tingkatan empat.Kelas dari tingkatan empat terdiri daripada 4 Amanah yang mana hanya 19 orang sahaja yang menyertainya,iaitu 10 orang pelajar perempuan dan 9 orang pelajar lelaki.Kelas ini diuruskan oleh Encik Awang bin Abdullah atau mesra dengan panggilan ‘cikgu Awang’.Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi,bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugasnya.
Kelas IT bagi tingkatan empat Amanah diketuai oleh seorang ketua yang amat sporting iaitu Ahmad Nasuha Nazli atau nama manjanya Suha.Untuk menjalankan tugas harian,Suha dibantu oleh seorang penolong yang bernama Nur Hanis Hanini Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Hanis.
Kelas ini hanya diadakan pada hari Ahad dan Isnin selepas waktu persekolahan iaitu dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.Kelas ini diadakan selepas waktu persekolahan agar tidak mengganggu sesi pembelajaran pada waktu pagi.
Melalui kelas ini,pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT di samping dapat bertukar maklumat dengan rakan-rakan yang lain.
Diharapkan dengan adanya kelas IT ini,pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dalam kehidupan yang memerlukan kemahiran teknologi yang tinggi.
SENARAI NAMA PELAJAR IT 4AMANAH.
Ketua Kelas:AHMAD NASUHA NAZLI
Penolong:NUR HANIS HANINI ZULKIFLI
Pelajar:-
-SHAHIRAH
-AISYAH
-AMALIN
-MASYITAH
-ADILA
-MUMAI
-TENGKU
-SYIMAH
-NASHA
-MUIN
-HAFIZAN
-ADZRAN
-NASRUN

form 4A

Sunday, May 4, 2008


Pada 28 April hingga 30 April 2008,SMK Puteri telah mengadakan Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform kali ke-4 bertempat di Kem Kijang,PCB,Perkemahan ini disertai seramai 350 orang pelajar dan semua guru yang telibat dalam perkhemahan ini dijalankan 7 pertandingan telah diadakan.Antaranya, ialah memasak,ice brekking,jungle trekking,kawad kaki,kebudayaan,khemah tercantik,dan games.
Untuk makluman umum,pertandingan bagi setiap kategori yang dianjurkan telah dimenangi oleh Puteri Islam dalam pertandingan memasak,Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) memenangi pertandingan kawad kaki,Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) bagi pertandingan Kebudayaan,Pengakap dalam pertandingan Khemah Tercantik,Pandu Puteri dalam pertandingan Games dan Kadet Trafik Sekolah(KTS) dalam acara Jungle Trekking.Manakala bagi markah keseluruhannya telah diungguli oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM).
Guru dan fasilitator telah mengamanahkan Wan Md.Firdaus sebagai penghulu kepada semua unit beruniform.Beliau telah menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Sepanjang perkhemahan kami di sana,semua aktiviti berjalan dengan lancarnya malah tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sebelum kami meninggalkan Kem Kijang,suatu majlis telah diadakan bagi menutup tirai perkhemahan kami.Pihak sekolah dengan berbesar hatinya telah menjemput YB Encik Ezani Awang selaku Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu.Majlis yang diadakan tersebut telah berjalan dengan jayanya.


DISEDIAKAN OLEH:FIRDAUS,AMIRUL,MIRAH,SHIKIN,YANA,FARAH,AYU,WAHIDA

Sesi Penggambaran SMKP

Pada 7-11April satu sesi penggambaran telah diadakan di SMK Puteri . Jurugambar pada minggu penggambaran itu ialah Encik Ramli. Kesemua warga SMK Puteri terlibat dengan penggambaran tersebut . Antara tingkatan yang terlibat ialah tingkatan 1-6 Atas. Kelab-kelab yang terlibat ialah SLAD,KRB, SPBT dan lain-lain.Badan uniform yang terlibat pula ialah Pandu puteri,PBSM,KRS,PKBM dan lain-lain.Pada 7&8April sesi penggambaran telah dijalankan di Persada Puteri dan Dataran puteri. Manakala pada 9,10&11 penggambaran telah diadakan di Dataran Puteri. Tujuan penggambaran ini adalah untuk dimasukkan kedalam majalah MURNI iaitu majalah rasmi SMK PUTERI.

DISEDIAKAN OLEH,
CeeKY gIRLz 2a
WELCOME TO 2 AMANAH

Assalamualaikum…

Kami akan menceritakan bagaimana suasana di dalam kelas kami iaitu 2 Amanah.
Di dalam kelas kami, di diami seramai 34 orang pelajar. Penghuninya ialah 21 puteri dan 13 putera. Bonda kami ialah Puan Hajjah Norjeah Binti Mohd Zain. Orangnya baik, peramah dan sentiasa tersenyum.
Pemimpin kelas kami seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya, iaitu Muhamad Amirul Mukmin Bin Roslan. Manakala, penolong kelas kami seorang yang amanah dan jujur dalam membantu ketua kami dalam melaksanakan tugas.
Putera dan puteri kelas kami, semuanya periang dan suka bergurau senda sesama sendiri. Ketika masa berlajar, semua pelajar menumpukan perhatian terhadap guru yang mengajar.
Ketika waktu pulang, semua pelajar menjadi kelam-kabut kerana ingin cepat pulang. Walaupun, kelas kami kelas pertama tetapi ragam kami macam kanak-kanak.
Beginilah ragam-ragam putera puteri kelas kami yang kadang-kadang mencuit hati para guru.Setakat ini sajelah, yang dapat kami ceritakan buat tatapan sekalian.

Sekian, terima kasih.