Sunday, May 4, 2008


Pada 28 April hingga 30 April 2008,SMK Puteri telah mengadakan Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform kali ke-4 bertempat di Kem Kijang,PCB,Perkemahan ini disertai seramai 350 orang pelajar dan semua guru yang telibat dalam perkhemahan ini dijalankan 7 pertandingan telah diadakan.Antaranya, ialah memasak,ice brekking,jungle trekking,kawad kaki,kebudayaan,khemah tercantik,dan games.
Untuk makluman umum,pertandingan bagi setiap kategori yang dianjurkan telah dimenangi oleh Puteri Islam dalam pertandingan memasak,Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) memenangi pertandingan kawad kaki,Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) bagi pertandingan Kebudayaan,Pengakap dalam pertandingan Khemah Tercantik,Pandu Puteri dalam pertandingan Games dan Kadet Trafik Sekolah(KTS) dalam acara Jungle Trekking.Manakala bagi markah keseluruhannya telah diungguli oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM).
Guru dan fasilitator telah mengamanahkan Wan Md.Firdaus sebagai penghulu kepada semua unit beruniform.Beliau telah menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.
Sepanjang perkhemahan kami di sana,semua aktiviti berjalan dengan lancarnya malah tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sebelum kami meninggalkan Kem Kijang,suatu majlis telah diadakan bagi menutup tirai perkhemahan kami.Pihak sekolah dengan berbesar hatinya telah menjemput YB Encik Ezani Awang selaku Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu.Majlis yang diadakan tersebut telah berjalan dengan jayanya.


DISEDIAKAN OLEH:FIRDAUS,AMIRUL,MIRAH,SHIKIN,YANA,FARAH,AYU,WAHIDA

No comments: