Monday, May 5, 2008

Perpisahan Cikgu Najeeeeee

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK NAJIE BIN AWANG SENIK

Assalamualaikum….. pejam celik pejam celik sudah hampir 23 tahun Encik Najie Bin Awang Senik berbakti sebagai seorang guru. Beliau telah mencurahkan baktinya sebagai seorang guru kepada 6 buah sekolah dan 6 orang pengetua. Baru-baru ini beliau telah menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri kerana telah cukup tempoh umtuk bersara. Patah tumbuh, hilang tidak berganti. Itulah ungkapan yang sesuai diumpamakan dengan persaraan Encik Najie ini. Bagi pelajar SMK Puteri, ia adalah satu kehilangan yang besar yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.
Encik Najie atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Najie, mengajar matapelajaran Geografi, dan adakalanya mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Senyumannya dikatakan mampu mencairkan pelajar- pelajar yang degil apabila gelagat pelajar yang degil ini ditegur. Cikgu Najie lebih dikenali dengan senyuman manisnya. Selain itu, Cikgu Najie juga aktif dalam aktiviti pelancongan. Banyak aktiviti pelancongan yang diadakan dan dianjurkan oleh beliau sendiri.
Hubungan cikgu Najie begitu mesra dan amat erat di dalam kalangan pelajar tidak kurang juga di dalam kalangan guru. Beliau seorang pendidik yang berjiwa kental dan tidak pernah berputus asa apabila gagal. Beliau sentiasa menasihati pelajar-pelajarnya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamain masa depan yang baik. Apabila ditimpa sesuatu masalah pelajar sering berjumpa dengannya untuk meluah segala kekusutan didalam diri seseorang pelajar itu.
Sesungguhnya kenangan bersama cikgu Najie tidak akan kami lupakan. Semoga cikgu Najie mendapat jodoh kerana beliau juga seorang yang bujang. Semoga cikgu Najie akan bergembira dan bahagia dialam persaraan….. Khas untuk cikgu Najie…..JASAMU DIKENANG!!!!

No comments: